
Sulit
4 tahun
Masalah period dengan scan
Hai doktor… Lmp sy 18/2/2021…saya ada scan di GP… So far xada apa2 masalah… Cuma Doktor ada inform yg uterus saya bulging… Boleh saya tahu apa yang dimaksudkan uterus bulging… Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Kami kurang pasti dengan kenyataan “uterus bulging” yang dinyatakan oleh anda di dalam ruangan soalan dan perkara ini memerlukan maklumat lanjut. Namun begitu, berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah rahim membesar:
- Endometriosis atau adenomyosis
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Kanser rahim
Selain dari itu, punca-punca di atas yang disebutkan oleh kami boleh juga menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan berpanjangan dan juga boleh menyebabkan kitaran haid yang sakit. Sekiranya anda mengalami sebarang gejala dan menyebabkan ketidakselesaan kepada anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat dan seterusnya mendapatkan rawatan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.