
dhia5295
5 tahun
Masalah Period Disebabkan ubat
Saya wanita berumur 24 tahun dan belum berkahwin. Semenjak pertengah puasa, syg sering mengambil ubat antibiotik dan tahan sakit kerana masalah gigi. Baru dua tiga hari lepas saya stop makan ubat kerana baru selesai cabut gigi. Namun, saya dapati period saya sudah lambat 8 hari. Tarikh terakhir saya period pada 8/5/19. Adakah punca nya disebabkan ubat yang saya ambil?

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Untuk pengetahuan anda, ubat antibiotik tidak menyebabkan masalah haid yang tidak teratur tetapi beberapa jenis ubat tahan sakit akan menyebabkan haid tidak teratur. Antaranya adalah seperti ubat tahan sakit NSAIDS.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan haid tidak teratur juga selaind daripada ubat yang anda ambil, contohnya seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Maklumat yang selanjutnya adalah diperlukan untuk mengetahui punca yang menyebabkan haid tidak teratur anda .Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Terima kasih.