
Sulit
4 tahun
Masalah period saya tidak teratur pada setiap bulan
Kesihatan tiada masalah tetapi masalah datang bulan tidak tetap … sometime datang bulan2 kadang tinggal sebulan dua lepas tu datang

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
umur yang muda. Badan anda masih dalam proses mengolah kitaran haid agar lebih teratur.
Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Masalah polycystic ovarian syndrome
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.