
Sulit
5 tahun
Masalah period tak teratur selepas suntikan
Saya wanita berumur 26 tahun,sudah berkahwin masalah saya hadapi adalah period saya yang tidak teratur. Then saya pergi berjumpa dengan dokter,dokter telah suntikan saya di pinggul untuk lancarkan period saya… Setelah disuntik period saya kembali macam biasa…setelah berapa bulan period saya xdatang kembali… Last period 25/12/2019 sehingga skrng saya xdapat period lagi adakah normal setelah saya disuntik untuk melancarkan period saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk makluman anda, suntikan hormon boleh mengganggu kitaran haid. Namun ia bersifat sementara. Selepas 3-6 bulan ia seharusnya kembali kepada normal. Namun, jika ia berlanjutan anda disarankan mendapatkan konsultasi doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.