Anonymous
6 tahun
Masalah period tidak menentu
Saya wanita berumur 20 an dan tidak berkahwin lagi dan
mengalami masalah period tidak teratur…period saya dtg kadang-kadang 2 bln sekali…bole x saya tau jalan penyelesaian bg masalah saya …risau bila x keluar period lagi
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diajukan oleh anda. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.Antaranya ialah:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.


























