
Sulit
4 tahun
Masalah period tidak teratur dan usia kandungan
SAYA INGIN BERTANYA , TARIKH AKHIR SAYA PERIOD ADALAH 8/10/2020 . TARIKH AKHIR SAYA BERSAMA SUAMI ADALAH 28/1/2021 .PADA 14/2/2021 , SAYA TELAH MELAKUKAN UJIAN TEST KEHAMILAN DAN TEST SAYA POSITIF…BERAPAKAH USIA KANDUNGAN SAYA? SELAMA 4 BULAN YANG SAYA TIDAK DATANG PERIOD TERSEBUT SAYA DTG KE KLINIK UNTUK CEK , TETAPI SAYA TIDAK MENGANDUNG. SAYA MEMPUNYAI MASALAH PERIOD TIDAK TERATUR

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu, sukar untuk menentukan usia kandungan anda kerana anda mengalami haid yang tidak teratur. Antara cara untuk menentukan adalah dengan melakukan imbasan ultrasound pada minggu ke-6 atau 7 kehamilan. Oleh itu, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.