
Anonymous
5 tahun
Masalah period tidak teratur sampai 6 bulan
Salam sejahtera…ini kali pertama sy bertanyakn kepada doctoroncall.setelah sy sndri melayari google dan mencari punca kenapa kitaran haid sy tidak teratur…sy telah berkahwin selama 4 tahun…kitaran haid sy tidak teratur setelah berkahwin.sy sudah berjumpa dgn doktor…pernah juga scan perut…tetapi apa yg diperkatakn mereka ialah itu tiada apa…cuma gangguan hormon…awalnya .sy x anggap itu serius…dan sekarang sy dlm perancangan inginkn zuriat…selalu juga google search…kdang2 rasa bimbang juga kerana slalu diperkatan jika mslh period tidak teratur.sukar untuk hamil…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama sehingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Masalah kesuburan pula boleh melibatkan hanya suami, isteri, atau kedua-duanya. Anda merujuk pakar sakit tuan atau pun bersama suami bagi konsultasi lanjut berkenaan kesuburan.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.