
Anonymous
5 tahun
Masalah period tidak teratur setelah pemasangan iud
Salam doc … Sy sudah melahirkan anak kedua pada August taun lalu… slps klahirn ank kedua nurse KKIA ada mengesyorkan perancg keluarga … sy telah memilih UTK memasang iud … prsolaan sy adakah period sy normal setelah hmpir 6bulan lebih pmasangan period sy jdi makin xtratur… sbulan bly dikatakan 2x… cth period first 7hb dan brakhir hampir 15hri … dan akan dtg semula pada hujung bulan da begitu la sterusye … period xbyak Kuar sikit2 tp brlnjutan … adakah ini normal… mohon pencerahan lanjut dari doc sekian terima kasih …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Penggunaan “Intra-Uterine Device” sememangnya dikaitkan dengan haid yang berpanjangan kerana apabila alat tersebut diletakkan didalam rahim, ianya cuba mengubah fisiology haid badan yang seterusnya mengakibatkan ketidak-seimbangan pendarahan pada awal pemasangan IUD. Selain daripada IUD, terdapat juga faktor lain yang menyebabkan haid berpanjangan seperti:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, Sindrom Polisistik Ovari atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.