
Sulit
5 tahun
Masalah period todak teratur,perut sakit almost 2 week ke 3 week.. upt negatif
Hii, saya nurul… saya ada msalah period sebelum ini dari sebelum kahwin sehingga selepas kahwin… saya kebelakangan ini kerap sakit perut sebelah kiri,perut kembung sakit ulu hati,sakit bahagian kanan, kdng2 denyut2 sebelah kiri tempat yang sama., saya check upt negatif… bulan Ogos saya period start 5hb,habis pada 13hb 8 hari) dan sekarang saya tidak datang period tapi kerap sedawa terasa mahu muntah … terlalu byk angin dalam perut… perut terasa krem dan juga banyak keputihan… boleh saya tahu tentang msalah saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.