
ain960229
5 tahun
Masalah period x teratur
Saya 20 hari lwt dtg period,adakah tu faktor untk saya susah hamil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Terdapat pelbagai punca perubahan tempoh haid dan kitaran menstruasi anda. Selalunya ia dipengaruhi oleh perubahan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Keletihan
- Aktiviti harian yang sibuk
- Tekanan emosi
- Terlibat dengan kegiatan sukan lasak
- Perubahan berat badan mendadak
- Penyakit seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
Kadangkala masalah haid tidak teratur ini boleh juga menyebabkan kehamilan anda sukar kerana anda susah untuk menentukan bila kah waktu ovulasi.
Sekiranya perkara ini berlarutan dan haid anda menjadi semakin tidak teratur atau terdapat simptom lain yang mengganggu anda ketika haid, anda boleh rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami melalui atas talian secara percuma. Terima kasih.