
Sulit
3 tahun
Masalah period yang lama
salam. sy memakai implon pd disember 2020. period pd awal nya keluar sikit2 . dan pd awal pakai period tk datang dlm 6/7 bln mcmtu. skrg dah 9 bln pkai period dtg mcm normal. tp sdah lebih sebulan. mintak penjelasan ye doc. tq

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahambi tentang kebimbangan anda mengenai masalah period yang lama. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya ialah :
- Fibroid rahim
- Polip rahim
- Adenomyosis
- PCOS
- Penyakit radang pelvis
- Endometriosis
- Ketumbuhan pada serviks atau rahim
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.