
Sulit
3 tahun
Masalah period yang tak berhenti- henti
Saya start period 6/4 sampai 12/5 … Darah non stop keluar…seminggu pertama je darah pekat lepas tu darah warna merah terang… Pada 13/5 bile lepas bersama darah turun semula + perut sakit nye. Masalah ni merumitkan kan keadaan sy. Always kena pakai pad… Darah sentiasa byk mcm period biasa… Saya nk tahu apakah punca jadi mcm ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu darah haid yang tidak berhenti keluar dari bulan april. Secara umum, terdapat beberapa penyebab terjadinya masalah haid yang berpanjangan, antaranya ialah:
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda perlu segera berjumpa doktor, sekiranya mengalami:
- Pitam atau kelesuan badan
- Kejang atau menggigil
- Mual dan muntah
- Pening atau sakit kepala yang berat
- Aktiviti atau kerja harian amat terganggu
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi untuk penerangan lanjut. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih