
Sulit
5 tahun
Masalah period yang tidak datang
Saya ifa umur 32 nak tanya cara untuk atasi period tidak datang dalam tempoh yang lama jika saya makan ubat diane baru ada period kata doktor prolaktin tinggi macam mana saya nak stabilkan balik

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah haid tidak datang yang anda alami ini sekiranya sudah mendapat diagnosis prolaktin tinggi, maka siasatan susulan perlu dilakukan bagi mengenal pasti mengapa prolaktin tersebut tinggi. Ubat Diane yang anda ambil adalah sejenis pil perancang yang berfungsi untuk memastikan kitaran haid yang lebih teratur. Untuk mengatasi masalah ini, punca prolaktin tinggi tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.