
Sulit
4 tahun
Masalah period yang tidak teratur,keluar cecair @ lendir berwarna coklat,adakah ini period @ tidak
Hi Doc
Saya berumur 31thn,saya nak tanya,adakah itu di kira drh haid @ tdk,sebab bila saya buang air kecil slps saya basuh ada cecair @lendir keluar dr faraj saya yg berwarna coklat2,hal ne sdh berlaku lebih kurang dkt 2mggu,klu period,kenapa drh x keluar banyak seperti biasa.
Sebab sblm sya dpt mslh ne,thn lalu bln 12-2 sya x dtg period,1/3 br sya dtg period smpi 10/3,skrg ne sya risau ada ka bln ne mslh yg sya nyatakn d ats sya period @ tdk.Blh x saya makan ubt sonulut utk lancarkn drh,
Tq doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, spotting atau pendarahan coklat seperti yang anda nyatakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui rawatan yang tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah haid anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!