Sulit
3 tahun
Masalah period yg tidak teratur dan tidak sakit semasa period
hai.sy nak tya. sy dh stop injection depo hampir 8 buln…utk 5 buln pertama mmg period tak teratur tp 3 buln lpas tu period dtg on time…yg jd msalah skrg bulan ni sy akn period selang 8 hari dan ni dh kali ke 3 sy period ni…tiap kali period akn amek masa 4-5 hari dan byk…pap smear dan hpv test baru buat…result negative…adakah sbb kesan depo? atau posible ada masalah lain eg:fibroid
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walaubagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil ( kerana ubat-ubatan seperti pil Diane35 atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusuan
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Untuk mengembalikan kitaran haid yang normal memerlukan diagnosis yang tepat, kemudian rawatan berkala dan berterusan. DIsamping itu mendapatkan khidmat doktor yang sama dari awal rawatan hingga penghujung sedikit sebanyak dapat membantu keberhasilan rawatan tersebut.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!