Sulit
3 tahun
Masalah pernafasan mungkin daripada berhenti rokok?
Hi,saya lelaki berumur 23 tahun,saya ada masalah pernafasan,bila saya pergi hospital untuk cek tekanan,doktor cakap normal,tiada masalah,saya dulunya hisap rokok,tapi berhenti 7 hari lepas,lepas saja saya berhenti merokok,terus ada masalah pernafasan,kenapa ya?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah kesukaran bernafas. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah:
- asma
- jangkitan paru-paru akut (pneumonia)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah:
- kegagalan jantung
- serangan jantung
- kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
- Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah:
- kekurangan darah merah (anaemia)
- alahan
- resdung
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- kegemukan
Selain itu, tidak semestinya anda mengalami masalah pernafasan selepas berhenti merokok, ianya sepatutnya menjadi lebih sihat. Sekiranya gejala ini masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.




































