
Sulit
3 tahun
Masalah peti suara dan tekak
anak saya berumur 8 tahun , mengalami masalah suara serak dari umur 6 tahun, sampai sekarang saya tak dapat jawapan yang jelas tentang permasalahan anak saya…
anak saya sudah menjalani rawatan di hospital kerajaan berjumpa doktor pakar ENT dan pakar pertuturan tapi tergendala temujanji kerana masalah pandemik covid-19.
mengikut apa yang doktor pakar katakan, anak saya mengalami masalah suara yang sangat ‘rare’, sampaikan doktor sendiri tidak dapat kenalpasti masalah sebenar…terakhir kali bertemu pakar… masih lagi dalam proses “try and error”…
saya sangat sangat berharap boleh dapat jawapan dan nasihat untuk permasalahan anak saya… sebab semakin hari semakin teruk suara serak…dengan keadaan lockdown dan sebagainya.susah untuk saya bergerak untuk dapatkan rawatan dimana mana… memandangkan lokasi saya tinggal jauh dari hospital besar dan klinik klinik besar… mohon jasa baik dan masa berharga doktor doktor disini untuk menjawab soalan saya…terima kasih sangat… terima kasih…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang masalah peti suara yang dialami oleh anak anda. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gangguan suara pada anak-anak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- keradangan peti suara
- vocal hyperfunction
- kelemahan otot peti suara
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan rawatan lebih lanjut seperti:
- kelumpuhan peti suara
- penyakit saraf
- ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara langsung agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Pakar ENT Kanak-kanak.