
Sulit
4 tahun
Masalah pipi cengkung
salam dr, saya umur 32 tinggi 175cm. Tahun lepas dulu saya depression sbb kontrak kerja saya tamat sampai tak lalu makan sampai berat saya turun mendadak daripada 70kg ke 58kg dan muka saya memang cengkung macam penagih dadah. Sekarang saya telah cuba menaikkan badan saya dengan makan banyak dan berjaya mencapai berat 70kg semula. Tapi malangnya hanya perut dan peha saya sahaja yang besar. Muka saya tetap cengkung macam penagih dadah mcm tak cukup zat. Adakah saya perlu menaikkan lagi berat badan saya? atau ada cara lain?..saya malu muka cengkung tapi peha dan perut besar.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami masalah anda mengenai pipi yang cengkung walaupun telah menaikkan berat badan. Untuk makluman anda, sekiranya menaikkan berat badan tidak dapat membantu untuk menghilangkan pipi cengkung, maka ia disebabkan oleh paras rupa anda yang memang tidak dapat diubah, walaupun meningkatkan jumlah lemak dalam badan. Mudah kata, pipi anda telah menjadi cengkung akibat penurunan berat badan yang pernah berlaku, dan ia boleh menyebabkan otot-otot pipi serta kulit pipi anda menjadi tegang secara berkekalan, walaupun telah menaikkan berat badan selepas itu.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Perkara ini hanya boleh diselesaikan melalui pembedahan plastik atau sewaktu dengannya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.