
Sulit
3 tahun
Masalah preeclamsia dan bersalin czer anak meninggal
Salam dr…saya umur 26 thun…anak sulung meninggal pada usia kndungan saya 6bln di sebabkan preeclamsia…sekarang sudah 1tahun saya czer…boleh kah saya nak hamil lagi dlm masa trdekat…harap sgt sya bole ad pengganti secepat mgkin😭

3 tahun
Salam Sejatera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Untuk makluman anda, kebiasaanya wanita yang ingin mengandung selepas pembedahan Cesarean section dinasihatkan untuk menunggu sekitar 6-12 bulan selepas pembedahan untuk mencuba mengandung. Memandangkan anda mempunyai sejarah pre-eclampsia, anda juga harus memastikan tekanan darah anda dikawal sebelum cuba untuk mengandung. Sebaiknya anda mendapatkan kaunselling pra kehamilan supaya anda dapat diberikan nasihat yang tepat berdasarkan sejarah perubatan anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor pakar ibu dan anak kami secara atas talian mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.