
Sulit
2 tahun
Masalah prostate dan susah buang air besar
Saya berumur 69 tahun ada masalah BPH. Saya baru nak makan Terazosin tapi saya ada masalah tekanan darah rendah. Saya juga ada masalah gastrik dan hiatus hernia. Juga masalah tiada rasa nak buang air besar. Saya jumpa doktor dan diberi Nophalac dan Terazosin. Soalan saya : Bolehkah 2 ubat ini dimakan bersama? Apakah side effect nya.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ubat-ubat ini boleh diambil bersama.
Nophalac boleh menyebabkan kesan sampingan seperti:
- Cirit-birit, perut berangin, perut kembung, dehidrasi, pening kepala kerana ketidakseimbangan elektrolit.
Terazosin
- Pening/ Pitam kerana darah rendah, Masalah otot
Sekiranya anda memiliki kesan sampingan diatas, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada anda memerlukan ubat ini atau tidak dan sekiranya perlu anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.