
Sulit
5 tahun
Masalah puting payudara tenggelam
saya wanita berusia 23 tahun. saya mengalami puting payudara tenggelam sejak kecil lagi. adakah saya perlukan rawatan atau operation? atau ada kaedah lain untuk ini. saya risau akan diri saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ini merupakan salah satu variasi yang normal bagi wanita. Anda bukan seorang yang mempunyai jenis puting payudara ini. Puting payudara ini akan menegang selepas ia dirangsang atau semasa memberi susu kepada bayi. Hal ini tidak memerlukan sebarang rawatan atau pembedahan.
Namun, jikalau anda mendapati payudara anda mempunyai ketumbuhan semasa membuat pemeriksaan diri, anda perlu merujuk ke klinik atau hospital di mana-mana untuk mendapat pemeriksaan yang lebih lanjut.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.