
Sulit
5 tahun
Masalah Radang Tekak
Sy berumur 43thn. Sy mula demam pd 20/3 selepas mengambil makanan pedas, berkari dan seafood. Sy alami mslh radang tekak & ulser. Tp sy blh menelan dan tak sakit. Sekian lama sy berpantang krn mslh batu karang, tp selepas disahkan bebas dr mslh batu karang, sy mula melanggar pantang dgn memakan seafood 16,17,18 & 19hb .
Start 20/3, sy mula alami demam on off smpai skrg 7/4 sudah lebih 3 minggu…sy dh ambil ubt di klinik swasta pd 24/3 chepalexin & 29/3 Amoxicillin di KK. Pd 5/4 sy ke KK sekali lg krn Dr kata nk tkr ubat kalau x menjadi. Tp sy hnya dpt panadol & ubt kumur. Darah sy diambil, tp tiada jangkitan kuman kata Dr.
Skrg sy buntu nak buat apa. Sbb still demam on off lagi. Tekak sy pun msh blm sembuh lg mgkn faktor pemakanan. Utk info, sy x pernah ada contact dgn mana2 yg terlibat dlm kes covid,apalagi semua kawan2 sy pun sihat. Lgpun sjk 13hb sy berada dirmh kerana dr awal lg sy cuti. Apa perlu sy buat skrg Dr? Perlu Ke sy pergi ke Hosp terutama di Kecemasan utk dptkan rawatan sgera? Krn sy bmbg, mslh sy akn berlarutan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Refluks asid dari perut
- Radang tonsil
- Mononucleosis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang berdekatan sekiranya simptom ini semakin teruk. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.