yayayazid92
7 tahun
Masalah rahim sempit dan period lambat 3 4 bulan
sya wanita 27tahun yang mengalami masalah rahim sempit dan period lambat datang… apakahh punca dan cara mengatasi masalah tersebut.
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, jangka waktu datang haid yang normal adalah antara 2-7 hari. Dan biasanya kebanyakan wanita datang haid selama 3-5 hari.
Terdapat pelbagai punca perubahan tempoh haid dan kitaran menstruasi anda. Selalunya ia dipengaruhi oleh perubahan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Keletihan
- Aktiviti harian yang sibuk
- Tekanan emosi
- Terlibat dengan kegiatan sukan lasak
- Perubahan berat badan mendadak
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi iaitu rahim sempit adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Sekiranya perkara ini membimbangkan anda, haid anda menjadi semakin tidak teratur atau terdapat simptom lain yang mengganggu anda ketika haid, anda boleh rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara percuma. Terima kasih.
























