Sulit
3 tahun
Masalah rambut botak dan gugur
Hi doc. Sya ingin bertanya, adakah onani dan melihat video lucah boleh menyebabkan rambut gugur dan botak
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah keguguran rambut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Faktor keturunan
- Kemoterapi
- Trauma pada kepala di bahagian rambut
- Kekurangan protein
- Pengambilan steroid
- Pengambilan ubat-ubatan seperti Methotrexate
- Penuaan
Onani dan menonton filem lucah boleh menyebabkan anda mati pucuk dan menjejaskan produktiviti harian anda. Anda disarankan untuk berhenti melakukan kedua kedua aktiviti tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mengatasi keguguran rambut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.