
cylalolo84
4 tahun
Masalah Rambut gugur teruk
Saya wanita berumur 21 tahun . sudah berkahwin punyai seorang anak . saya mengalami masalah rambut gugur terlalu banyak ketika mandi dan selepas mandi ketika menyikat rambut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah rambut gugur boleh disebabkan oleh:
- Perubahan hormon seperti menopause, pengambilan pil perancang dan kehamilan
- Masalah hormon tiroid
- Masalah autoimmune seperti alopecia areta
- Masalah pada kulit kepala seperti kelemumur atau kulit kepala yang tidak sihat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.