eyikazalikha94
5 tahun
Masalah rasa benda lekat dekat leher
saya pernah tersedak mkanan dekat 7 hri… tp rasa ada benda lekat dekat leher… saya cuba batuk mngeluarkan hingus tp macam x kluar dan msa telan air liur rasa mcm ada benda… saya perlu buat apa doktr… dan rasa macam saluran hidung pon ada benda…
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit tekak yang berpanjangan boleh disebabkan:
- Asid refluks
- Radang esofagitis
- Jangkitan bakteria/virus
- Ketumbuhan dalam tekak
- Jangkitan tonsil
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































