
Sulit
5 tahun
Masalah resah dan gelisah, bimbang tanpa sebab,rasa mudah berputus asa,marah tanpa sebab dan terasa ingin membunuh diri
Boleh saya tanya kenapa saya selalu rasa resah dan gelisah tanpa sebab,selalu rasa bimbang yang teramat dan selalu cepat marah tanpa sebab dan kadang-kadang juga saya rasa macam diri saya tak guna,mudah berputus asa dan ingin membunuh diri.Adakah itu ada kaitannya dengan masalah mental?Dan Adakah patut saya merujuk masalah ini ke dokter yang berkaitan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan tahniah kerana anda telah merujuk tentang masalah anda kepada pihak yang memiliki pengetahuan tentang gejala yang anda hadapi.
Walaubagaimanapun, bagi memberi rawatan yang bersesuaian dan membantu anda, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor terdekat atau anda juga boleh menghubungi pihak kami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.