Sulit
3 tahun
Masalah Resdung dan menyusu badan
Beberapa hari ini saya merasakan seperti ada kahak dikerongkong saya.saya tidak mengalami batuk mahupun selsema. Adakah ini resdung dan Bolehkah makan ubat glencet tablet levocetirizine untuk mengatasi masalah ini. Sekiranya boleh, adakah ubat inu boleh diambil oleh ibu yang menyusu badan? Terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Tetapi sebelum mengambil apa-apa rawatan atau ubat, punca masalah yang anda hadapi perlu dikenal pasti dahulu. Jadi saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dahulu dan mendapatkan kesimpulan dalam hal ini kerana terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
Kahak berwarna kuning atau hijau adalah tanda-tanda jangkitan kuman pada tekak atau ruang hidung.
Jangkitan kuman ini menyebabkan keradangan pada kawasan ruangan hidung, mulut dan tekak dan menyebabkan rembesan kahak menjadi lebih banyak berbanding normal. Ini merupakan salah satu sistem pertahanan badan anda. Ia juga boleh melibatkan salur pernafasan dan paru-paru
Jangkitan kuman pada paru-paru seperti Pneumonia dan penyakit Tuberculosis . Namun, penglibatan paru-paru akan menyebabkan gejala batuk.
Keradangan atau jangkitan kuman pada tonsil ( Tonsilitis ) yang boleh menyebabkan tonsil bengkak. Selalunya ia akan disampingi dengan gejala sakit tekak.
Alahan pada persekitaraan atau makanan yang boleh menyebabkan kahak berlebihan.
Keradangan sinus akibat jangkitan.
Cecair hidung yang jatuh ke tekak ( Postnasal Drip )
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.