
Sulit
4 tahun
Masalah resdung yang teruk
doktor boleh tak sarankan tips hilangkan resdung yang terbaik untuk saya . Saya sangat sangat tak tahan dengan resdung ni! Saya baru 22 tahun tapi resdung dah tahap teruk yang macam ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami bersimpati dengan masalah yang anda hadapi iaitu resdung. Untuk makluman anda, resdung boleh dirawat dan dihilangkan dengan beberapa cara. Ini termasuklah ubat-ubatan, serta rawatan sendiri yang dilakukan di rumah dan kemungkinan ubat-ubatan alternatif. Berjumpa dengan doktor anda sebelum mencuba sebarang rawatan baru bagi resdung.
- Antihistamin Anda boleh mengambil antihistamin untuk merawat resdung. Ia berfungsi dengan menghentikan badan anda daripada menghasilkan histamin. Antara antihistamin yang sering digunakan termasuklah:
- Fexofenadine (Allegra)
- Diphenhydramine (Benadryl)
- Desloratadine (Clarinex)
- Loratadine (Claritin)
- Levocetirizine (Xyzal)
- Cetirizine (Zyrtec)Bincang dengan doktor anda sebelum memulakan ubat yang baru. Pastikan ubat alergi yang baru tidak mengganggu tindak balas ubat lain atau penyakit lain.
- “Decongestant” Anda boleh menggunakan ia dalam tempoh yang singkat, biasanya tidak lebih daripada tiga hari, untuk melegakan hidung tersumbat dan tekanan inus. Menggunakannya untuk masa yang lama boleh menyebabkan “rebound effect”, bermakna apabila anda berhenti menggunakan ubat ini, gejala akan menjadi lebih teruk. “Decongestant” yang biasa digunakan termasuklah:
- Oxymetazoline
- Pseudoephedrine (Sudafed)
- Phenylephrine (Sudafed PE)
- Cetirizine dengan pseudoephedrine (Zyrtec-D)Jika anda mengalami degupan jantung yang tidak normal, penyakit jantung, sejarah strok, kegelisahan, gangguan tidur, tekanan darah tinggi, atau masalah pundi kencing, bincang dengan doktor sebelum menggunakan ubat ini.
- Ubat titis mata dan semburan hidung
Kedua-dua rawatan ini boleh membantu melegakan kegatalan dan gejala-gejala lain yang berkaitan dengan alergi bagi masa yang singkat. Walau bagaimanapun, bergantung pada jenis produk, anda mungkin perlu mengelakkan penggunaan ubat ini bagi jangka masa yang panjang.
Seperti “decongestant”, penggunaan yang berlebihan bagi ubat titis mata dan semburan hidung boleh menyebabkan “rebound effect”.
Kortikosteroid boleh membantu mengurangkan keradangan dan tindak balas imun. Ia tidak menyebabkan “rebound effect”. Penyembur hidung steroid biasanya disyorkan sebagai rawatan jangka masa panjang, berguna untuk mengurangkan gejala alergi.
Berbincanglah dengan doktor anda sebelum memulakan rejimen bagi sebarang rawatan resdung untuk memastikan anda mengambil ubat yang terbaik untuk gejala anda. Doktor juga boleh membantu menentukan produk mana yang sesuai untuk kegunaan jangka masa pendek dan yang direka untuk rawatan jangka masa panjang.
Sakit telinga, hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.