Sulit
4 tahun
Masalah ruam merah dan gatal
Saya mengalami masalah ruam merah pada bahagian badan terutama bahagian peha dan belakang badan. Ruam merah ni buat saya rasa gatal. Ciri² dia bila gatal sy akn gosok, bila sy gosok dia bertukar menjadi merah dan bertukar menjadi bintik² gatal macam kena ulat bulu. Apa yang saya harus lakukan ? Jenis apakah penyakit ini ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberikan.
Kami faham masalah kulit yang anda sedang alami. Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenainya. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang mungkin boleh menjelaskan keadaan anda, seperti:
- Alahan
- Reaksi ubat
- Psoriasis
- Gigitan serangga
- Radang kulit ( Dermatitis )
- Ekzema
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar supaya rawatan dapat diberikan.
Kami sarankan anda agar berjumpa dengan doktor pakar kulit dan tidak mengambil ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor kerana kami bimbang keadaan boleh menjadi lebih teruk.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.


































