
Anonymous
5 tahun
Masalah Sakit di bahagian payudara
Assalamualaikum doktor. Saya seorang gadis berusia 25 tahun dan belum berkahwin. Saya mempunyai masalah sakit di bahagian payudara sebelah kiri. Sejarah keluarga tidak ada yang menghidapi penyakit barah. Pun begitu,saya menjadi risau apabila sakit ini berlarutan hampir seminggu. Untuk pengetahuan doktor, payudara saya akan sakit dan membengkak setiap kali ingin datang haid. Pernah juga sakit tapi tidak datang haid akibat haid yang tidak teratur. Beberapa tahun sebelum ini,semasa saya sedang belajar, saya mendapati terdapat satu ketulan di bahagian atas payudara. Ia tidak mengganggu kerana tidak sakit kecuali semasa payudara bengkak. Jadi saya mengabaikannya kerana malu dan takut jumpa doktor. Saya juga pernah mendapati terdapat satu ketulan di bahagian bawah. Ia berada di luar lingkungan bulatan payudara. Namun begitu,ketulan itu tidak kekal. Kadang-kadang ada kadang-kadang hilang. Saya tidak pernah mengambil sebarang ubat ketika sakit sebelum ini kerana ia akan hilang sendiri. Jadi,apa yang patut saya lakukan? Adakah saya perlu berjumpa doktor juga?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, benjolan di payudara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.