Sulit

3 tahun

Masalah sakit gigi sehingga sakit kepala disebabkan gigi berlubang

Saya seorang lelaki berumur 21 tahun, masalah saya macam mana hendak mengatasi masalah sakit gigi yang teramat disebabkan gigi berlubang sehingga melarat ke sakit kepala menyebabkan saya susah hendak tidur malam? Apa hang harus saya lakukan pada malam itu doktor?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah gigi berlubang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Penyebab utama masalah ini ialah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Hal ini kerana bakteria yang terdapat dalam mulut akan menukarkan gula dari makanan ke asid justeru asid tersebut akan makan gigi kita dengan perlahan-lahan. Lama kelamaan, gigi kita yang keras akan menjadi lembut serta berlubang. Proses ini tidak akan berlaku dalam semalaman, malah ianya akan berlaku dalam masa beberapa bulan. Masalah ini walaupung datang dengan perlahan, jika tidak dirawat pada tahap yang lebih awal akan mendatangkan pelbagai masalah yang tidak diingini.

  • Masalah lain yang boleh mengundang gigi berlubang ialah pertumbuhan bakteria dalam mulut secara berleluasa . Hal ini boleh terjadi apabila seseorang itu tidak menjaga kebersihan mulut dengan elok. Ini boleh terjadi apabila kurang menggosok gigi atau menggosok gigi dengan teknik yang tidak betul. Berikutan itu, jika masalah ini berleluasa bukan sahaja dapat mendatangkan masalah gigi berlubang malah akan mengakibatkan penyakit gigi yang lain juga.

  • Seterusnya, penyebab lain terjadinya gigi berlubang ini ialah tabiat merokok . Tabiat merokok ini dapat menyebabkan pertumbuhan bakteria dalam mulut bertambah serta menyebabkan gigi menjadi kuning serta nafas berbau busuk sekali gus mendedahkan gigi kita kepada proses pereputan dengan lebih mudah.

Cara menghilangkan masalah gigi berlubang harus diketahui oleh semua orang kerana jika ia berlaku kepada mereka atau anak mereka, langkah pencegahan boleh diambil

  1. Mengurangkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi

Cara utama untuk hilangkan masalah gigi berlubang ialah kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Hal ini bukan sahaja dapat mencegah berlakunya masalah gigi berlubang malah dapat mencegah berlakunya masalah kesihatan lain seperti kencing manis. Langkah ini harus dipraktikkan terutamanya dalam golongan kanak-kanak kerana mereka lebih senang terjebak ke dalam perangkap ini. Oleh itu, ibu bapa haruslah sentiasa mengawasi anak mereka dan kurangkan pengambilan gula mereka serta rajin membawa mereka ke doktor gigi setiap 6 bulan untuk pemeriksaan gigi.

  1. Menjaga kebersihan mulut

Kita juga boleh menghilangkan masalah gigi berlubang dengan menjaga kebersihan mulut kita. Hal ini kerana mulut merupakan sebuah tempat yang pengumpulan bakteria ada pada tahap yang agak tinggi. Oleh itu, penjagaan mulut yang rapi harus dikendalikan supaya dapat memastikan bakteria tidak dapat membawa malapetaka kepada kita. Penjagaan mulut yang dimaksudkan di sini ialah gosok gigi sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan menggunakan ubat gigi yang baik . Selain itu juga, kita juga bolehlah menggunakan pencuci mulut untuk membasmikan kuman dalam mulut dari semasa ke semasa supaya mulut serta gigi kita akan kekal sihat sepanjang masa.

  1. Melawat doktor gigi

Kita juga haruslah mengamalkan lawatan ke doktor gigi. Hal ini akan memudahkan proses penjagaan gigi. Ini kerana doktor gigi akan memeriksa serta memastikan keadaan gigi kita sentiasa bersih dan tidak dijangkiti kuman. Lawatan ke doktor gigi haruslah dilakukan setiap 6 bulan untuk memastikan gigi kita sentiasa sihat. Sekiranya didapati gigi kita mempunyai lubang, maka doktor gigi tersebut akan tampal gigi tersebut untuk menutupkan lubang pada gigi. Ini akan membantu menghilangkan perasaan ngilu apabila makan atau minum bahan sejuk.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah gigi berlubang kepada doktor untuk menghilangkan kesakitan pada gigi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.Terima kasih encik atas soalan tersebut. Pada pendapat saya, encik memang mempunyai masalah gigi berlubang (Tooth Cavity) seperti yang diberitahu oleh ibu encik. Gigi berlubang merupakan keadaan di mana bakteria akan makan permukaan gigi kita dan menjadikannya lembut serta berlubang.

Teeth

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)