
Sulit
4 tahun
Masalah sakit lutut menyebabkan sukar berdiri dan kebas tangan
Hai Doc. Sy bertanyakan mengenai masalah kesihatan ayah sy. sudah hampir sebulan lutut beliau sakit. Dan sekarang tangannya kebas. Nakk bangun, berdiri dan jalan pun agak sukar sedikit. Perlukan bantuan orang lain. Berkali-kali kami menyuruh dia pergi ke hospital tapi bapa sy tak nak. Dia prefer ke klinik biasa. Doktor di klinik beritahu masalah darah beku @ peredaran darah tidak lancar menyebabkan lututnya sakit. Dia telah mendapat 2x suntikan dan makan ubat daripada doktor tapi seperti tiada apa-apa perubahan.Dia seorang yg sangat sukar untuk pergi ke hospital atas alasan takut katanya. Sy ada google untuk dapatkan informasi mengenai masalah ini dan apa yg sy dapati ianya mengenai saraf. Pada pandangan doctor, adakah ianya berkaitan saraf? Mohon beri pandangan/nasihat dan apakah yg sy boleh lakukakn untuk pastikan dia ke hospital. Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Masalah sakit lutut adalah salah satu perkara yang sering dialami oleh masyarakat kita.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit lutut.Antaranya ialah:
- Cedera, misalnya cedera pada tulang rawan dan kerusakan tendon atau ligamen.
- Penyakit tertentu, seperti osteoartritis, penyakit asam urat, atau tendonitis.
- Perdarahan pada sendi.
- Infeksi, misalnya artritis septik.
Disebabkan anda mempunyai pelbgai faktor risiko yang boleh menyebabkan sakit lutut iaitu dari segi , usia dan sejarah penyakit kronik, adalah amat disaranakan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor kami.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.