
Anonymous
5 tahun
Masalah sakit tuan mati pucuk
Betulkah seseorang yang bangun di awal pagi namun kemaluannya tidak tegang adalah tanda mati pucuk?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Mati pucuk mempunyai tiga kategori yang utama. Kesukaran untuk mendapatkan ereksi, kesukaran untuk mengekalkan ereksi dan tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seksual.
Ianya melibatkan beberapa sistem utama di dalam badan seperti sistem saraf, sistem kardiovaskular serta keseimbangan hormon. Kebiasannya mati pucuk boleh berlaku apabila salah satu atau kesemua sistem-sistem yang telibat ini mempunyai masalah.
Antara penyebabnya :
- sakit jantung
- darah tinggi
- kolestrol tinggi
- obesiti
- penyakit Parkinson
- multiple sclerosis
- merokok
- penyalahgunaan dadah
- komplikasi pembedahan boleh menyebabkan mati pucuk.
Kesihatan mental dan psikologi juga turut boleh memberikan kesan terhadap seseorang seperti perasaan gemuruh ketika bersama pasangan, tekanan perasaaan, masalah di dalam perhubungan dan perasaan rasa bersalah boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Mati pucuk juga boleh berlaku disebabkan oleh kesan sampingan oleh ubat-ubatan yang diambil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.