Sulit
5 tahun
Masalah saya period hanya datang sekali sahaja
Saya umur 34 tahun perempuan saya ada masalah period datang hanya sekali sahaja masa datang tu tak sedar masa tu saya sedang bersama dengan suami lepas sudah bersama tu bru sedar ada darah turun lepas tu tak datang dah,saya ada makan ubat untuk period tu dekat 4 hari dah makan tapi takda datang juga,saya hari hari rasa sakit bawah perut kiri dan kanan dekat pinggang tu,saya ada buat UPT dah dua kali dua dua result negatif kenapa ya doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



























