
Sulit
5 tahun
Masalah saya zakar saya tegang sekejap dan cepat pancut air mani
Saya umur 34 tahun, saya sudah berkawin mempunyai 3 org anak… Dalam tahun ne saya ada masalah zakar saya kurang tegang dan cepat lembik dan juga mudah cepat kuar air mani dan Kepala zakar sekarang ne cepat terasa ngilu… Harap dapat membantu saya. Sekian

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cepat pancut boleh diertikan sebagai ejakulasi pramatang.. Keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat rendah serotonin (sejenis neurotransmitter otak yang mengawal nafsu seksual)
- Usia
- Psikologi seperti perasaan negatif memberi impak terhadap nafsu seksual
Sebetulnya, keluhan ini bersifat subjektif yaitu tiada pengukuran standard tentang tempoh waktu yang diambil untuk ejakulasi. Malah, memandangkan gejala telah berlangsung sejak beberapa lama, dikhuatiri dapat menganggu rutin seksual dan juga mempengaruhi hubungan anda. Maka, adalah sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.