Sulit
6 tahun
Masalah seks “Pedophilia”
Saya lelaki umur 20 an…
Saya Ada satu penyakit keinginan seksual terhadap kanak2 … Pada mulanya Saya rasa biasa Tetapi sekarang parah sangat sehinggakan susah untuk mengawal diri…
Apa yang patut Saya lakukan…
Saya baca di Google ianya pedophilia… Ada ke tidak untuk sembuhkan penyakit ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Setiap penyakit memiliki rawatan tersendiri. Begitu juga masalah yang anda hadapi.
Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi memerlukan rawatan dari pakar psikiatri. Pakar psikiatri akan mengenalpasti samada anda benar-benar memiliki masalah ini atau sebaliknya. Rawatan yang boleh diberikan termasuk kaunseling dan ubat-ubatan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi menangani masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih kerana mendapatkan bantuan kami tentang masalah yang anda hadapi.

































