
Sulit
4 tahun
Masalah selepas kelahiran kedua
Saya wanita umur 21 tahun, saya melahirkan anak kedua pada disember 2020. Selepas bersalin, darah nifas saya keluar seperti biasa dan berhenti selama seminggu selepas 40 hari. Kemudian darah keluar kembali dan kemungkinan period. Tapi sehingga harini saya masih keluar darah.Harini merupakan 3bulan 16hari selepas kelahiran kedua saya. Saya risau.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah pendarahan atau haid berpanjangan, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Masalah kelenjar tiroid
- Kecederaan rahim atau faraj
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Perkara ini memerlukan perhatian segera dan jangan lengahkan masa untuk berjumpa dengan doktor, lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Demam
- Sakit perut atau ari-ari
- Terdapat cecair berbau keluar dari faraj
- Lemah dan lesu badan
- Pucat
- Pitam atau hampir pitam
- Sakit dada
- Sesak nafas
- Gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian dan tidur
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.