
Sulit
3 tahun
Masalah selepas mengambil ubat
Saya ada ke farmasi kerana mengalami sakit perut dan diberi ubat SPASMIN dan DIATROL CAPSUL. Selepas mengambil ubat ini, saya masih tidak membuang air besar hampir 24 jam, dan zakar saya mengalami masalah mengeras (ereksi).
Mohon penjelasan

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang kesan sampingan untuk ubat yang anda ambil.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah tidak membuang air besar hampir 24 jam dan zakar anda mengalami masalah mengeras. Saya akan cuba untuk memberikan maklumat yang berkenaan dengan baik.
Sebagai pengetahuan, terdapat beberapa kesan sampingan untuk ubat yang anda ambil, antaranya adalah:
- Sembelit
- Keletihan
- Mengantuk
- Pening
- Dehidrasi
- Loya
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sekiranya simptom ini berterusan.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan jika anda ingin bercakap dengan doktor kami untuk berbincang dengan lebih terperinci, anda boleh menghubunginya secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.