
zzaimulemma
5 tahun
Masalah selsema dan sukar bernafas
Anak sy umur 6 bulan 21hari…skrg sedang mengalami selsema dan sukar tidur kerana hidungnya tersumbat. Setakat ni sy cuma sedut hingus anak menggunakan alat khas.
Soalan sy,
1.Ada tak cara utk mengurangkan selsema selain ke klinik kerana jika berlarutan sehingga 3 hari baru sy akan ke klinik…hari ini adalah hari pertama dia selsema.
Boleh tak sy beri anak sy minum air barli yg diblend tanpa gula?
Apa makanan yg sesuai diberi kepada bayi ketika ini?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah anak anda boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus
- influenza
- jangkitan kuman
Jika anak anda kurang menyusu atau minum, tidak aktif, demam dan menangis lebih daripada biasa, anda disarankan untuk membawa anak anda berjumpa dengan doktor walaupun belum tiga hari. Hal ini kerana jika anak anda menghidapi influenza, penyakit ini boleh menyebabkan masalah paru-paru.
Anda disarankan:
- menggunakan sterema dan menyedut hingus
- memberi pemakanan yang seimbang iaitu bubur nasi, sayur dan protein seperti ayam yang ditumbuk
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.