
Sulit
4 tahun
Masalah senguggut period
Bagaimana nak mengatasi masalah senguggut yang sangat sakit?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sakit senggugut di sekitar pusat setiap kali period. Sakit ini boleh didefiniskan sebagai sakit perut yang teramat sangat sehingga dapat mengganggu nafsu makan minum dan diikuti dengan gangguan berjalan dan menyebabkan anda menekan perut / bongkok yang dapat berlaku selama beberapa hari.
Untuk makluman anda, sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim (kadar fluktuasi hormon yang melebihi normal atau melebihi kemampuan tubuh untuk bertoleransi)
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Fibroid
Buat sementara waktu anda boleh:
- Kerapkan bersenam (yang ringan atau sesuai kondisi tubuh)
- Mengambil suplemen seperti:
- zat besi (menggantikan sel darah merah yang hilang)
- vitamin B & D (membantu gangguan kitaran haid)
- fish oil (boleh membantu dalam mengurangkan krem haid)
- Rehat secukupnya
- Mencatatkan perkembangan gejala (sekiranya berlaku)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.