Sulit
3 tahun
Masalah serangan jantung selepas mengambil ubat jantung yang membawa kepada masalah gastrik.perkara ini semakin merincing hingga membawa kepada gangguan masa tidur
selepas 2 blan makan ubat jantung sy mengalami masalah terjaga malam beberapa kali…
contonya sy tidur jam 10.30, jam 1 sy akan terjaga dan trjaga lagi jam 4 pg
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.
Aka tetapi secara amnya, terdapat beberapa ubat untuk marawat masalah jantung boleh menyebabkan masalah gastritis. AKan tetapi, sakit perut anda juga berkemungkinan disebabkan perkara lain yang tidak berkaitan dengan kesan sampingan ubat anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya dengan itu, rawatan yang sesuai boleh diberikan kepada anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda agar dia boleh melihat kembali ubat yang diberikan dan mencari jalan penyelesaian.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami.
Bagi nasihat perihal kesihatan jantung, sila tekan pada pautan di bawah. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!