Sulit
2 tahun
Masalah sering hilang kawalan
Sye mpunyai sorang abg OKU… Boleh ke sye bg ubt pnnenang padenye tnpa bjumpe doctor… Die sering mengamuk… Mcm hilang kawalan… Sye ingin minta pnjelasan doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami turut bersimpati dan sangat memahami keadaan abang anda yang sering hilang kawalan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, ubat penenang seperti anti-konvulsi, anti-kemurungan dan lain-lain memerlukan preskripsi doktor yang bertauliah. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya anda merujuk masalah ini ke klinik atau hospital yang berdekatan agar bantuan yang lebih lanjut dapat diberikan.
Anda juga amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.