Sulit
6 tahun
Masalah Sesak nafas sahaja
Saya berumur 16 tahun mengalami masalah sesak nafas tiga Hari lalu apakah cara untuk menghilang kan sesak nafas ini.bolehkah saya menyapu minyak angin di dada bagi menghilang kan ketidak selesaan ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Tidak ada masalah untuk anda menyapu minyak angin sekiranya cara tersebut boleh memberikan kelegaan. Akan tetapi, untuk mendapatkan rawatan perubatan yang sesuai, punca sebenar masalah haruslah diketahui terlebih dahulu. Untuk itu, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapiAnda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.





































