
Sulit
5 tahun
Masalah setelah buang air kecil
Saya lelaki awal 40an. mulai tahun lepas saya menghadapi masalah setelah buang air kecil. selepas buang air kecil, beberapa titisan masih keluar di dalam seluar. Tambahan lagi air mani semakin berkurang dan tidak dapat pancut semasa hubungan intim. Saya rasa tak selesa dengan keadaan ini. saya telahpun jumpa doktor untuk pemeriksaan prostate tetapi tidak ada perubahan. Minta nasihat daripada doktor sebab saya sangat keliru terhadap masalah kesihatan saya. Waktu malam sukar tidur kerana sentiasa ingin seperti nak buang air kecil.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
Masalah pada otot pundi kencing
Masalah prostat
Masalah psikologi
Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung
Diabetes
Obesiti
Kolesterol tinggi
Darah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.