
Sulit
4 tahun
Masalah stretch mark pada umur 15 tahun
Saya remaja perempuan 15 tahun, berat 43kg tinggi 149cm… Saya ada stretch mark sejak umur 13 tahun di bahagian betis, tepi peha dan perut… Apakah punca stretch mark ini terjadi?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, stretch mark merupakan perkara normal bagi orang ramai. Stretch marks berlaku akibat daripada kulit terlalu regang sekali gus menyebabkan tisu fibrous kolagen hilang kerenggangan sepenuhnya. Fenomena ini diibaratkan sebagai getah yang ditarik melebihi tahap kerenggangannya. Anda boleh cuba menggunakan minyak seperti bio-oil untuk mengurangkannya.
Masalah stretch mark berwarna unggu ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kehilangan berat badan dengan mendadak/peningkatan berat badan mendadak
- sindrom Cushing iaitu hormone steroid dalam badan anda lebih daripada normal
- kesan ubat-ubatan seperti steroid
- kehamilan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.