
Sulit
4 tahun
Masalah sukar untk hamil
Sy wanita yg berumur 21thn dn sudah berkhAwin selama satu thun,masalah sy skrng blm hamil lgi,ubat ap yg patut sy ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kondisi yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, kami tidak berapa jelas mengenai pertanyaan anda di ruangan soalan kerana ianya terlalu pendek dan kami memerlukan lebih banyak maklumat untuk membantu anda.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Ini adalah pandangan am kami mengapa seseorang itu mempunyai masalah untuk hamil. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut. Antara sebabnya adalah:
- Sindrom polisistik ovari (Polycystic ovary syndrome/PCOS)
- Polip atau fibroid
- Endometriosis
- Kegagalan ovari (ovarian failure)
- Struktur rahim yang tidak normal
Untuk menjawab persoalan anda, kami tidak dapat memberitahu ubat apa yang perlu anda ambil kerana anda perlu diperiksa dan berbincang bersama doktor terlebih dahulu.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di DoctorOnCall dan doktor kami akan memberikan konsultasi secara peribadi dengan anda di atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.