
Sulit
4 tahun
Masalah tempat kemaluan lelaki bengkak
Bengkak kemaluan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu bengkak kemaluan. Walaupun pelbagai pertanyaan perlu ditanyakan mengenai sejarah kesihatan anda sebekum kesimpulan boleh dibuat, namun, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea (simptom lain: nanah)
- Jangkitan saluran kencing (rasa pedih ketika kencing)
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman
- Tidak menjaga kebersihan selepas kencing
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan mengganggu anda, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Jawapan ini hanyalah keterangan am mengenai masalah anda. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah