
Sulit
5 tahun
Masalah tentang period
salam hai doktor nama saya nurul,maaf saya nak tanya tentang adakah saya period atau tidak sebab saya sudah 3hari lambat datang period dan tiba2 pada waktu subuh saya bangun dari tidur saya tengok dekat spender saya ada berbekas secalit 2 calit darah hitam2 macam tu melekat kat spender saya .kemudian saya tukar spender dan pakai kotex apabila sudah sehari saya pakai kotex saya lihat di kotex saya itu tiada darah pun .So,saya confius doktor samaada saya period ke tidak sebab darah yang keluar itu hanya 1x sahaja.sebab saya risau saya preg atau apa tapi dah lambat 3hari piod then ada keluar darah hari ke 3 1x sahaja.dan saya tidak merasa sakit atau apa pun.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Jika anda telah haid, kemungkinan untuk hamil adalah rendah. Anda boleh mendapatkan alat ujian kehamilan di farmasi dan melakukan ujian di rumah dan mendapatkan nasihat lanjut untuk masalah ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.