
Sulit
5 tahun
Masalah tidak tahan lama
Saya lelaki 25 tahun yang sudah lama dalam perkhawinan tetap kepuasan dalam melakukan hubungan antara isteri saya tidak memuaskan kerana kerap keluar awal. Doktor boleh tunjukkan ubat yang perlu saya ambil bagi meningkatkan ketahan untuk tidak mudah keluar awal dan memberi tunjuk jenis jenis ubat yang terdapat difarmasi untuk saya gunakan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tidak tahan lama boleh diertikan sebagai ejakulasi pramatang. Keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat rendah serotonin (sejenis neurotransmitter otak yang mengawal nafsu seksual)
- Usia
- Psikologi seperti perasaan negatif memberi impak terhadap nafsu seksual
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak beberapa lama, dikhuatiri dapat menganggu rutin seksual dan juga mempengaruhi hubungan anda. Maka, adalah sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.